Tuesday 28 May 2013

Kebaikan Dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kebaikan dan kelebihan yang banyak setanding vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut: 

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar menggembara dan sering mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Peppermint Ginger diperbuat daripada bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterang melalui kandungan  bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur,


Pudina (Peppermint)

  • Melegakan otot perut. Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kimoterapi
  • Pudina merangsang pengeluaran peluh. Oleh itu, menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selesema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus



Halia
  • Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk pencernaan makanan
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang)
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan


Pokok Adas (Fennel)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan gejala flu.
  • Juga dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.




Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.




Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Tuesday 21 May 2013

Apa itu Resveratrol?


Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia menggurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistery and Molecular Biology, New York Medical Collage, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%. 

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyaninns yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor. 

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine, membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resveratrol juga terkenal sebagai agen anti penuaan. Dalam kajian Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resveratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain-lain kesan penuaan pada kulit. 

Resveratrol juga berperanan daalam meningkatkan tahap 'kolesterol baik' dan melindungi dadri kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat, mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resveratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.

Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus VIVIX yang mana :-  

  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata

Siapa yang patut mengambil Vivix?
  • Warga emas
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang menghidap Diabetes Jenis 1
  • Mereka yang ingin mejaga kecantikan kulit
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Mereka yang tinggi kolesterol dalam darah
  • Mereka yang berisiko sakit jantung



*** Jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi

Pemberian yang pasti disukai oleh ibu dan bapa anda.....Jom dapatkan satu untuk kesihatan mereka!



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Sunday 19 May 2013

Kawal Diabetes Dengan Shaklee

Apa itu  Diabetes?
Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebih paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.



Jenis-jenis Diabetes Yang Utama

Jenis I
  • Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis II
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
  • mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes 
Jenis III
  • Keadaan ini adalah sementara
  • Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung

Faktor Risiko
1. Sejarah keluarga yang menghidap Diabetes
Jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik menghidap diabetes, kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.

2. Berat badan yang berlebihan 
Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau obes

3. Tidak aktif secara fizikal
Mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes

4. Mengamalkan pemakanan tidak sihat
Mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes

5. Umur
Umur yang meningkat

Gejala Diabetes

  • Sentiasa merasa dahaga
  • Kerap buang air kecil
  • Merasa letih dan lesu
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Luka dan kudis yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutaman di bahagian kemaluan

Program Diabetes Shaklee
Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Supplement asas untuk kencing manis adalah seperti berikut : 

ESP - Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai untuk pesaskit diabetes
Vita-lea - Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
GLA Complex - memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy
Alfalfa Complex - Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah
Vitamin C - mengukuhkan kapilari dan salur darah
Zinc Complex - membantu menghasilkan insulin dan pemulihan luka
Vivix - Sumber anti oksidan terbaik


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Thursday 16 May 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu masa kini yang menyusukan bayi mereka. Syabas!

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi tetapi ibu juga perlu ada ilmu tentang penyusuan.Bagi ibu yang baru melahirkan (mungkin anak pertama) mungkin menghadapi beberapa masalah seperti bengkak payudara, puting luka atau merekah dan sebagainya

Yang penting para ibu perlu tahu adalah tentang konsep asas penyusuan iaitu demand vs supply...lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Nak tahu tips bagaimana nak banyakkan susu ibu? meh, saya kongsikan



1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan  bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. 
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana, hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Ini salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai (ketika anda beranggapan payudara "kosong") dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantu menambah berat badan. 

3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi, Fikir Susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat la gambar anak ambil berselawat dan berzikir Ya Mattin.


5. Berdisplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung  minggu, jangan ponteng mengepam...masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet
Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So, lepas pam jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pam dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4 - 4.5oz. Walaupun nampak sikit tapi ada beza tu....ni based on pengalaman mommaMia ye..


8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu di sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah payudara yang lain. Ini akan memberikannya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkannya payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk. Di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15 - 20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya.Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2 - 3 kali tau...tak percaya, buat. Konsisten + displin + istiqamah.

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir denga lebih lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu atau sakit puting. Dengan itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. 


11. Pengambilan Supplemen
dibolehkan.....antaranya ESP (Energizing Soy Protein)

Jika anda berminat dengan pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.



* Lengkap dengan protein (natural soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi)


credit : mamafaiz.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Tuesday 14 May 2013

Vitamin Shaklee Membantu Mengatasi Morning Sickness

Kehamilan pastinya menggembirakan sama ada isteri mahu pun suami. Bertambah lah ahli keluarga. Kehamilan juga sering dikaitkan dengan alahan mengandung atau morning sickness. Bagi sesetengah ibu mengandung mengalami morning sickness semasa trimester pertama, ada yang bermula semasa trimester kedua, ada yang morning sickness bermula semasa trmester ketiga dan ada juga yang mengalaminya sepanjang kehamilan

Morning sickness adalah gejala mual biasanya disertai muntah. Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon.


Pengambilan B Complex dan OsteMatrix dapat membantu ibu mengandung mengatasi gejala morning sickness ini. Nak tahu kebaikan B Complex dan OsteMatrix?


Kebaikan B Complex
  • B Complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil
  • Membantu dalam pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  • Terlibat dalam penghasilan  tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress

Kebaikan OsteMatrix
  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan rasa bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya, terutama apa bila digabung dengan pengambilan B Complex
  • menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kekejangan
  • Melawaskan sistem penghadaman

Pengakuan mereka yang telah mencuba

Kombinasi B Complex dan OsteMatrix memang terbukti berkesan dalam menangani masalah morning sickness di kalangan ibu hamil

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Monday 13 May 2013

Vivix Shaklee


Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Mengandungi campuran unik botani Polygonum Caspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Mengapa Vivix Shaklee sangat bagus dan terbaik untuk anda?

1. Kerana Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia

Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang mampu merosakkan DNA manusia. Serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dilindungi dan diperbaiki selnya

2.  Kerana Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan sel.


3. Kerana Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel.


4.  Kerana Vivix melambatkan pembentukan AGE

Penimbunan AGE (advanced glycation ends product) akan menyebabkan keroskana sel. Ramuan vivix yang 10 kali lebih kuat dari kandungan resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.


Nak tahu apa lagi kelebihan Vivix?




Jom tengok testimoni, mereka yang telah mengamalkan Vivix

Testimonial 1 : Ibu Puan Izan telah berjaya berhenti merokok dan selera makan bertambah




Testimonial 2 : Ibu Puan Mas bertambah sihat dan boleh menyangkul



Testimonial 3 :  Ibu Puan Sha bertambah sihat selepas mengamalkan Vivix




Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Sunday 12 May 2013

Tips Tingkatkan Susu Ibu, Ketahui Rahsia Shaklee!

Ramai yang telah mula sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu itu sendiri yang kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula, ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung di pasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan terus sahaja memberikan susu tepung kepada bayi.

Rahsia Shaklee?

Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian supplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuann ibu. Vitamin seperti Multivitamin (Vita-Lea), protein (Energizing Soy Protein), vitamin C, B-Complex, kalsium (OsteMatrix),Asid Lemak Omega-3 (Omega Guard) dan Alfalfa Complex perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.



Sumber : Majalah iSihat Mei 2013

Menariknya mengamalkan vitamin Shaklee ini, anda boleh mengamalkan vitamin yang sama sepanjang kehamilan ,berpantang, sepanjang tempoh penyusuan, sepanjang hayat dan juga boleh berkongsi dengan suami...menarik kan?

Anda boleh baca lanjut di Set Penyusuan Tripple M dan Set Menyusu Shaklee

Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua dan sesiapa jua!



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Thursday 9 May 2013

Set Bersalin Shaklee Berpantang Cara Moden


Dalam zaman moden ini, ibu-ibu memilih cara yang mudah, cepat dan selamat untuk menjalani tempoh berpantang. Oleh itu, Set Bersalin Shaklee ini merupakan pilihan yang tepat kerana ia boleh di ambil selepas kelahiran dan paling penting tidak mengganggu penyusuan ibu.




Apakah kepentingan pengambilan vitamin dalam waktu berpantang?

VITA-LEA (MULTIVITAMIN)
Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vita-lea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana banyak makanan pe
rlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

B COMPLEX DENGAN ASID FOLIK
B Complex bertindak sebagai penenang dan menggelakan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru ibu-ibu akan berasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dai dalam dan penting untuk kecantikan, sesuai dengan namanya B for Beauty

VITAMIN C
Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji Vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen yang penting dalam kecantikan kulit.

ZINC COMPLEX
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru pengambilan zinc setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zinc juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin dan pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Supplement tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. Kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundis, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar buang air besar, boleh mengambil Lecithin kerana ia tidak menggangu penyusuan dan membantu melancarkan sistem penghadaman dengan cara lembut sekali.


Kelebihan Set Bersalin Shaklee

  1. Selamat - Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada kesan sampingan.
  2. Berkesan - Oleh kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi, ia sesuai dengan keperluan tubuh dan memenuhi keperluan ibu berpantang untuk cepat sihat, bertenaga dan cergas.
  3. Praktikal - Tiada bau yang memualkan seperti jamu
  4. Membantu penyusuan - Set yang dicadangkan adalah asas kepada vitamin untuk penyusuan juga
  5. Melengkapkan nutrisi ibu berpantang dan menyusu

Testimoni untuk Set Bersalin Shaklee ini, boleh di baca DI SINI


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Wednesday 8 May 2013

Khasiat Vivix Shaklee

Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Caspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol yang menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix?
Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya,kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil supplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan supplemen lain kerana ia memberi kesan sinergi apabila diambil bersama-sama. Walaubagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya daripada bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.


Vivix bertindak dalam 4 cara :

 1. Mempertahankan sel  (sel defense)



2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)


3. Memperbaiki sel (cell repair)

4. meningkatkan prestasi sel (cell performance)



Dapatkan sebotol Vivix dengan harga menarik sepanjang MEI ini!

** Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh wanita mengandung atau menyusukan anak


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Tuesday 7 May 2013

Set Kesuburan Shaklee dan Petua Cepat Dapat Anak

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata...lebih-lebih lagi bagi pasangan yang lewat berkahwin atau pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga. Tertekan juga bila melihat orang lain dan beranak pinak tapi kita masih berdua.

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung, walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pitutari yang menggangu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihadapi semasa kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (wanita dan lelaki)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang anda untuk mendapatkan anak adalah cerah. Namun anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup.

Bersenam
bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan Pencemaran
mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutamanya pencemaran udara.Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran, dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya anda berhenti merokok.

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk meningkatkan kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement. Di Shaklee, kami ada cadangan vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan. Boleh lihat DI SINI


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store
 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat