Thursday, 16 May 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu masa kini yang menyusukan bayi mereka. Syabas!

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi tetapi ibu juga perlu ada ilmu tentang penyusuan.Bagi ibu yang baru melahirkan (mungkin anak pertama) mungkin menghadapi beberapa masalah seperti bengkak payudara, puting luka atau merekah dan sebagainya

Yang penting para ibu perlu tahu adalah tentang konsep asas penyusuan iaitu demand vs supply...lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Nak tahu tips bagaimana nak banyakkan susu ibu? meh, saya kongsikan



1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan  bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. 
  • Perah setiap 3 jam. Sekiranya bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana, hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Ini salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai (ketika anda beranggapan payudara "kosong") dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantu menambah berat badan. 

3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi, Fikir Susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat la gambar anak ambil berselawat dan berzikir Ya Mattin.


5. Berdisplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung  minggu, jangan ponteng mengepam...masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet
Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So, lepas pam jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pam dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4 - 4.5oz. Walaupun nampak sikit tapi ada beza tu....ni based on pengalaman mommaMia ye..


8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu di sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah payudara yang lain. Ini akan memberikannya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkannya payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk. Di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, ambil masa dalam 15 - 20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya.Ia dapat dipastikan dengan titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2 - 3 kali tau...tak percaya, buat. Konsisten + displin + istiqamah.

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir denga lebih lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu atau sakit puting. Dengan itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. 


11. Pengambilan Supplemen
dibolehkan.....antaranya ESP (Energizing Soy Protein)

Jika anda berminat dengan pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.



* Lengkap dengan protein (natural soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi)


credit : mamafaiz.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat