Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Set Kesuburan Lelaki Shaklee (Bajet)

Kesuburan lelaki sama pentingnya dengan kesuburan wanita dalam proses membesarkan keluarga.Kahwin bertahun tapi masih belum memiliki anak,biasanya pihak isteri yang dipersalahkan.Namun sebenarnya,habit dan aktiviti orang lelaki boleh mempengaruhi sperma,sekaligus menjadikan seorang lelaki kurang subur.

Antara aktiviti yang mengganggu sperma dan kesuburan lelaki : 

Menggemari Aktiviti Sauna
Testis seorang lelaki mesti berada di dalam suhu dua darjah kurang daripada suhu badannya untuk menghasilkan sperma yang sihat.Menurut kajian oleh University of Padova di Italy,lelaki yang suka bersauna boleh mengurangkan bilangan sperma yang terhasil dan bilangan tersebut hanya kembali normal selepas enam bulan.Kepanasan wap sauna mengganggu penghasilan sperma.

Suka Menonton TV
Menonton TV pun boleh buat jadi kurang subur.Ia memang ada kajian oleh Harvard School of Public Health tentang ni. Menonton TV memberi kesan kepada kesihatan sperma.Hati-hati!

Jarang Bersenam
Lelaki yang suka bersenam adalah lelaki yang subur! Keputusan kajian yang diterbitkan di dalam British Journal of Sport Medicine menunjukkan lelaki yang bersenam lebih subur 73% daripada lelaki yang tidak bersenam.

Memakai Seluar Dalam Ketat
Seluar dalam yang ketat mempengaruhi kualiti sperma. Lelaki lebih baik pakai boxer daripada seluar dalam bentuk V tu

Gadjet
Saintis telah mengeluarkan hipotesis yang mengatakan lelaki yang kerap menggunakan telefon bimbit,komputer riba atau tablet akan menjejaskan penghasilan sperma.Sekiranya terlalu lama dengan gadjet yang mempunyai inframerah,ia akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki.Apatah lagi yang suka simpan telefon biombit di dalam poket seluar.

Merokok
Merokok bukan sahaj tak elok untuk diri sendiri,malah orang lain juga. Berhenti merokok!

Bagi kaum suami yang masih mengamalkan perkara-perkar di atas, bawa-bawalah berhenti ya.Demi sebuah keluarga yang bahagia katanya.




Tahukan anda,bahawa dalam prostat lelaki,ZINC adalah 10 kali ganda dari organ yang lain? Ini sekaligus memberitahu bahawa zinc adalah penting alah organ seks lelaki. Selain daripada aktiviti di atas, kekurangan zinc juga boleh menyebabkan lelaki tidak subur.

Masalah bila kekurangan Zinc :

  • Organ seks lambat matang
  • Impotensi (mati pucuk)
  • Perkembangan testikal yang pincang
  • Kiraan sperma (sperm count) yang rendah
  • Kemerosotan fungsi seksual
Ia juga boleh menyebabkan penuaan pra-matang dan keguguran rambut


Zinc Complex Shaklee,boleh membantu anda mengatasi masalah ini

Gabungkan sekali dengan Vita E Complex 400IU bagi menambahkan ser keharmonian rumah tangga


Berminat untuk diri sendiri atau suami tersayang? Hubungi saya di talian 012-369 3469 atau email chantikmenarik@gmail.com. HARGA YANG MENARIK MENANATI ANDA

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Tuesday, 7 May 2013

Set Kesuburan Shaklee dan Petua Cepat Dapat Anak

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata...lebih-lebih lagi bagi pasangan yang lewat berkahwin atau pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga. Tertekan juga bila melihat orang lain dan beranak pinak tapi kita masih berdua.

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung, walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pitutari yang menggangu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihadapi semasa kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (wanita dan lelaki)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang anda untuk mendapatkan anak adalah cerah. Namun anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup.

Bersenam
bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan Pencemaran
mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutamanya pencemaran udara.Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran, dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya anda berhenti merokok.

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk meningkatkan kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement. Di Shaklee, kami ada cadangan vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan. Boleh lihat DI SINI


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Sunday, 27 January 2013

Set Kesuburan Shaklee : Usaha Untuk Mendapatkan Cahaya Mata

Setiap pasangan yang berkahwin pasti teringin untuk menimang cahaya mata. Namun, jodoh, pertemuan, rezeki semuanya urusan Allah. Ada pasangan yang berjaya mendapat zuriat di awal perkahwinan tidak kurang juga ada yang sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata tapi belum berhasil. Selain berdoa kepadaNya, kita juga perlu berusaha. Salah satu usaha yang perlu dilakukan ialah mendapatkan supplement/vitamin yang sesuai dan selamat untuk menambah kesuburan. Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan bole dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin/ Multimineral. Mari kita lihat satu per satu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu


Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C, dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita-Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pende kata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. 


Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Hubungi saya untuk sebarang pertanyan dan pesanan

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor (ID : 910043)
sms|whatsapp : 012-369 3469
email : chantikmenarik@gmail.com



 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat