Thursday 5 September 2013

Melegakan Kesakitan Semasa Kelahiran

Ramai ibu bapa mengatakan saat kelahiran bayi adalah satu pengalaman yang mengujakan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. Mereka barangkali trauma kerana tidak pasti bagaimana menangani kesakitan ketika melahirkan. Ramai wanita berpendapat menggunakan bantuan perubatan seperti epidural,gas dan udara menjadikan mereka gagal kerana tidak berupaya melahirkan bayi secara normal. Namun itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Semua teknik kelegaan menghadapi kesakitan masih lagi memerlukan kekuatan pernafasan dan senaman badan yang mereka perlu pelajari semasa kehamilan.

Kelegaan Melahirkan Secara Semula Jadi

Ramai wanita yang dibantu oleh pasangan masing-masing sudah menetapkan keputusan sama ada mahu melahirkan bayi secara semula jadi ataupun dengan bantuan ubat.

Bagi sesiapa yang memilih untuk melahirkan bayi secara semula jadi tanpa bantuan ubat,mereka mempunyai banyak pilihan untuk melegakan diri bagi membantu mereka lebih relaks serta mengurangkan kesakitan semasa berada di bilik bersalin.



1. Urutan  :  Perlu dilakukan dengan cara yang betul. Selalunya dilakukan oleh suami. Cara yang paling efektif untuk melegakan kesakitan.

2. Senaman pernafasan  :  Diberi tunjuk ajar semasa menghadiri kelas antenatal. Pernafasan yang perlahan dan malar boleh menggalakkan ketenangan serta mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keselesaaan.

3. Kaedah TENS  :  Kaedah menggunakan mesin Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation menghantar dorongan elektrik lemah melalui pad ke dalam kulit. Dengan ini,ia menghalang isyarat supaya tiba ke otak ibu dan menggalakkan perlepasan endorphin. Si ibu akan melengkapkan kawalan minda terhadap dorongan melalui satu alat khas menggunakan jari-jemari. Walaubagaimanapun,mesin TENS perlu digunakan daripada peringkat awal semasa kelahiran dan tidak boleh digunakan di dalam air.

4. Air  :  Suhu sentiasa dipantau dan pastikan ia tidak melebihi 37C. Gunakan tempat mandian yang besar supaya ibu boleh berendam di dalamnya bagi mengurangkan kesakitan dan menenangkannya. Namun begitu,jika ia digunakan terlalu awal sebelum kelahiran,cara ini boleh melambatkan proses kelahiran. Jadi apa yang disarankan ialah, si ibu berendam di dalam air apabila serviks sudah terbuka pada 5 sentimeter sebelum berendam di dalam mandian kelahiran.


Kajian menunujukkan bahawa teknik-teknik yang dilakukan mempengaruhi bayi atau memberi kesan selepas kelahiran kepada ibu. Namun begitu,bantuan teknik-teknik tersebut hanya sementara sahaja terutamanya apabila si ibu berada pada peringkat akhir kelahiran.

Kelegaan Melahirkan Menggunakan Bantuan Ubat

Tedapat beberapa pilihan yang membantu ibu mengurangkan kesakitan dengan menggunakan bantuan ubat.

1. Entonox (Gas dan Udara)  :  Gas yang digunakan tidak berbau serta tidak berwarna dan ia mengandungi setengah oksigen dan setengah lagi kandungan nitrus oksida atau lebih dikenali sebagai gas ketawa. Ia mengandungi kesan menenangkan tanpa menyebabkan rasa mengantuk yang berterusan dan bertindak pantas iaitu kesan yang akan dirasai lebih kurang 30 hingga 45 saat. Penggunaan gas tidak membahayakan nyawa ibu mahupun bayi yang bakal lahir dan gas tersebut tidak kekal dalam sistem badan ibu. Namun begitu,ramai ibu hamil mengalami pening yang tidak teruk atau nausea apabila menggunakan Entonox. Ia digunakan pada permulaan kontraksi sebelum memasuki kesakitan kemuncak.


2. Pethidine, Diamorphine atau Meptazinol  :  Suntikan melegakan kesakitan juga sering digunakan semasa proses kelahiran. Ia mengambil masa yang pendek sebelum memberi kesan dan kesannya berlanjutan sehingga 2 atau 3 jam. Suntikan ini digabungkan dengan ubat antiemetik bagi mengawal nausea yang merupakan salah satu kesan sampingan akibat suntikan ini. Suntikan tersebut tidak memperlahankan waktu melahirkan tetapi hanya melegakan sakit pada waktu yang terhad. Jika anda diberikan dos yang tinggi atau disuntik hampir waktu kelahiran,anda dan bayi mungkin akan merasa mengantuk,dan ini akan melambatkan pemberian susu ibu kepada bayi kerana bayi anda mungkin akan menjadi mengantuk dalam beberapa hari jika ubat tersebut melalui plasenta.

3. Epidural  :  Edipural disuntik menembusi tulang belakang dan rasa kebas menghalang isyarat sakit ke bahagian otak. Satu tiub biasannya akan ditinggalkan di bahagian belakang bagi mengisi semula epidural apabila diperlukan. Kaedah jenis ini biasa digunakan pada peringkat akhir kelahiran iaitu apabila kontraksi benar-benar rasa sakit dan kerap menyerang si ibu. Kaedah ini memang berkesan kerana tidak perlu merasai sakit kontraksi dan minda lebih tenang. Nanum begitu,ianya adalah prosedur yang agak rumit. Ia memerlukan masa selama 20 minit untuk menyediakan kelengkapan dan 20 minit kemudian barulah si ibu merasai kesan epidural.

Kaedah ini melambatkan proses kelahiran sebenarnya apabila si ibu tidak tahu bila masanya untuk menolak bayi dan ia memerlukan bantuan jururawat untuk memberitahu bilakah masa yang sesuai.        


Pelbagai pilihan yang anda boleh pilih tetapi sebelum membuat keputusan,dapatkan kajian yang mencukupi tentang kaedah tersebut supaya proses kelahiran bayi anda nanti menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan.


Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat