Wednesday 23 January 2013

Set Menyusu Shaklee Beri Kebaikan Kepada Ibu dan Bayi

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut.Diet yang seimbang amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan si ibu.

Cadangan nutrien yang perlu diambil oleh ibu yang menyusukan bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya :

1) Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian.Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna.Sumber protein yang baik seperti soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat setiap hari.

3) Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusukan bayi dan mengambil vitamin C menunjukan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi.Oleh itu,menyusukan bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C.Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit,gigi dan gusi yang sihat.

4) Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong  sistem saraf dan metabolisma yang sihat.Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,pembentukan sel-sel darah merah,penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.Ibu yang menyusukan bayi,perlu mendapatkan B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

5) Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium.Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi.Wanita yang menyusukan bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6) Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakan perkembangan otak dan mata anak.Ia telah dibuktikan secara sainstifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme

7) Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E,kalsium,zink dan zat besi.Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Hubungi saya untuk sebarang pertanyan dan pesanan

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor (ID : 910043)
sms|whatsapp : 012-369 3469
email : chantikmenarik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat