Monday 21 January 2013

Kelebihan Shaklee Advanced Joint Health Tablet


Promosi sepanjang Januari ini Advanced Joint Health Tablet. Buy 6 free 1. Kita digalakkan untuk menjaga kesihatan sendi kerana ketidakselesaan sendi boleh menyebabkan kualiti hidup terjejas. Aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan terasa begitu mencabar.

Tidak kenal maka tidak cinta...jom kita kenali Joint Health Tablet ini secara mendalam dan anda pasti jatuh cinta..hehe

Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet

S : Apakan Shaklee Joint Health Tablet?
J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

S : Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
J : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

S : Apakah Boswellia?
J : Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan Aktif utama ekstrak Boswellia Serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

S : Apakah yang membuatkan ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

J : Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat  dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi. 

S : Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrix pada masa yang sama?

J : Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan Vivix bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

S : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

J : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

S : Mengapa ia bebas dari kondroitin?

J : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

S : Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?

J :  Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu  penghubung yang lain di dalam tubuh. 

S : Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink. tembaga dan mangan?
J : Shaklee Advanced Joint health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

S : Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
J : Ya

sumber : booklet Advanced Joint Health Tablet


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Hubungi saya untuk sebarang pertanyan dan pesanan

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor (ID : 910043)
sms|whatsapp : 012-369 3469
email : chantikmenarik@gmail.com





No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat