Tuesday 25 December 2012

Rahsia Langsing

Memiliki bentuk tubuh menawan dan ideal seperti seorang model pasti menjadi idaman wanita. Bagaimanapun untuk menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah terutama bagi pencinta makanan. Meskipun ada yang mampu mengurangkan berat badan, namun adakalanya pengurangan itu menjejaskan kesihatan kamu. Oleh itu, ketahui rahsia mengurangkan berat badan yang betul supaya kamu langsing dan sihat.

Ukur Berkala
Sebelum kamu mencuba apa jua aktiviti yang bertujuan melangsingkan badan, jangan lupa ukur dahulu badan kamu. Bermula dengan mengambil ukuran berat,lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Dengan itu, barulah kamu boleh mengetahui sama ada aktiviti yang dilakukan itu benar-benar membuahkan hasil atau tidak.

Susun Pola Pemakanan
Untuk langsing, makanan memainkan peranan utama bagi memastikan misi kamu berjaya. Oleh itu, ubahlah pola pemakanan harian kamu selama ini dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, manis dan berkarbohidrat. Langkah awal mungkin kamu boleh memperbanyakkan pengambilan makanan seperti yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan. Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, makanan tersebut juga membantu menjaga kesihatan tubuh.


Keluar dan Masuk Perlu Seimbang
Dalam usaha mendapatkan berat yang ideal, tidak bererti kamu tidak boleh menikmati makanan yang lazat. Prinsip paling penting bagi mengekalkan berat badan ideal tidaklah rumit jika kamu tahu cara yang betul. Paling penting kadar 'pengeluaran' perlu lah seimbang dengan 'kemasukan'. Ini bermaksud jika kamu makan banyak, maka aktiviti yang perlu dilakukan juga mesti banyak agar semua kalori yang masuk dapat dibakar dan dikeluarkan dari badan.

Bersenam
Tidak perlu melakukan senaman yang berat, cukup sekadar teratur dan selamat. Perlu diketahui senaman mampu membuatkan tubuh lebih bertenaga, meningkatkan stamina dan memberi bentuk badan yang diidam-idamkan.



Kawal Nafsu
Sekali imbas, pasti kamu berasa hairan mengapa nafsu dikaitakn dalam hal pelangsingan badan ini?. Perasaan kenyang dan lapar semuanya dikawal oleh fikiran kamu sendiri. Jika kamu berfikir sudah kenyang walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, maka kamu akan berasa sedemikian dan begitu juga sebaliknya.Jadi, paling penting kamu perlu bijak mengawal nafsu makan kamu agar fikiran dan kehendak kamu bergerak seiring.


Teh Hijau Setiap Hari
Amalkan mengambil teh herba atau teh hijau empat kali sehari. Teh hijau dikatakan dapat mengekalkan berat badan dan meningkatkan metabolisma serta membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah. Oleh itu, jangan lupa untuk minum teh hijau setiap hari

Air Kosong
Pada hari-hari tertentu, pasti sukar untuk kamu mengawal pemakanan terutamanya apabila tergoda dengan makanan yang enak. Jika berhadapan dengan situasi ini, jangan sesekali mengalah. Air kosong dapat membantu melarutkan makanan tersebut. Jadi, kamu hanya perlu memperbanyakkan meminum air kosong bagi memastikan makanan tersebut dicerna dengan lebih cepat.

Kepentingan Sayur-Sayuran
Ramai yang menganggap sayur-sayuran sekadar makanan sampingan. Tahukah kamu, sayur-sayuran juga dapat membantu proses penghadaman dan seterusnya, membantu tubuh mencerna dengan lebih baik.


Lakukan Berpasangan
Jika kamu mempunyai pasangan yang mempunyai keazaman seperti kamu, pasti impian untuk mendapatkan tubuh ideal tidak terhenti di pertengahan jalan. Melakukan aktiviti bersama meningkatkan motivasi bagi menghadapi cadaran mendatang dalam usaha merealisaikan impian kamu

Sumber : Utusan Malaysia 22 Disember 2012

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat