Thursday, 26 September 2013

Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

ESP Shaklee merupakan antara produk yang terlaris..yer la dalam masa setahun ni rasanya dah 2 kali kehabisan stok..Ramai orang yang memborong ESP Shaklee ni sebab tahu khasiatnya yang banyak bukan sahaja baik untuk ibu menyusu tetapi semua golongan dan peringkat umur. Entry kali ini nak cerita tentang kebaikan ESP kepada ibu mengandung.


Tahukah anda, diet yang cukup dengan sumber protein kepada ibu mengandung adalah hampir WAJIB?! Mengapa?? Apakah kepentingan protein kepada ibu dan bayi?

  1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
  2. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
  3. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Sekarang kita dah pun tahu kepentingan PROTEIN kepada ibu mengandung. Ada banyak sumber protein yang boleh diperolehi drp pemakanan kita, contohnya daging seperti ayam, lembu, kambing.. Kekacang, telur, tempe juga tinggi kandungan proteinnya. Namun sumber protein daripada haiwan tak elok diambil dalam kuantiti yang banyak disebabkan kandungan lemak yg tinggi. Selain tu, cara memasak juga selalunya menghapuskan khasiat yang terkandung dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah rosak jika diproses dengan suhu yang tinggi.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee. 





Perbezaan Shaklee

  • Energizing Soy Protein (ESP) ini membekalkan 14 gram non-GMO protein soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan tubuh termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan tubuh.
  • Insofalvones pula meningkatkan fungsi jantung,tulang,payu dara dan prostat. Kajian juga menunjukan soya dapat mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • ESP ini dihasilkan di bawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
  • Diproses dengan air (bukan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isofalvones
  • Dijamin Halal. Tanpa laktosa,kolesterol dan bebas kafien. 

Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..." 
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln." 

~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 


Selain ESP,terdapat juga set kehamilan yang juga memberi kebaikan kepada ibu dan bayi.

Berikan yang terbaik untuk diri anda dan juga si comel yang dalam perut tu...Jom cuba ESP Shaklee ni sebab harga nya sangat berpatutan. Hubungi saya di talian 012-3693469 atau email chantikmenarik@gmail.com untuk dapatnya pada harga yang sangat menarik

sumber

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Tuesday, 24 September 2013

Set Penyusuan Shaklee : Khasiat Set B

Lumrah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu,pasti akan mencari jalan untuk menambah susu. Malah ibu-ibu sanggup mengambil pil-pil hormon (walaupun tidak betul2 memerlukan) demi memperbanyakkan susu badan.

Set penyusuan Shaklee di pakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusu.....supaya tak adalah tercari-cari "apa supplemen terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi?" atau "apa pil penambah susu terbaik?". Jadi,kita cuma sebut set penyusuan,satu set dah tersedia.

Set ini mengandungi :

Vitalea  -  multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

B Complex  -  mengurangkan stress,mengimbangi hormon,membakar makanan menjadi tenaga,asid folic penting dalam penyusuan susu ibu.

Vitamin C  -  penting untuk kesegahan sel,mempertingkatkan imuniti tubuh,mencantikkan kulit dan atioksidan

Alfalfa  -  digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. lagi kebaikan alfalfa




Ibu-ibu yang pernah mengambil set penyusuan ini mendapati badan mereka tambah bertenaga,susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun,3 perkara penting ini perlu diamalkan :

  1. Minum 3 liter air sehari
  2. Pam susu 3jam sekali
  3. Doa,tawakal
Namun harus diingat set ini bukan ubat magik,apalagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahan....natural supplemet bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi,bersabarlah dan konsisten dengan 3 perkara di atas.

Set ini juga sesuai untuk semua wanita,walapun tidak menyusukan dan juga untuk lelaki. Jangan gelak kalau ada lelaki yang order set penyusuan Shaklee.

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee ini,hubungi saya di talian 012-3693469 atau email chantikmenarik@gmail.com.



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Thursday, 19 September 2013

Panduan Menyusu Bayi Baru Lahir

Secara semula jadi sejurus kelahiran,bayi mempunyai naluri untuk mencari sumber makanan pertamanya (kolostrum) berdasarkan deria baunya. Bau yang dihasilkan oleh payu dara anda sangat mudah dikesan oleh bayi dan seterusnya dia akan berusaha untuk menghisap payu dara buat kali pertama.

Sentuhan kulit ke kulit yang berlaku semasa proses penyusuan susu ibu menggalakkan pengeluaran hormon oksitosin. Hormon ini mempunyai 2 fungsi utama selepas kelahiran, iaitu ;

1.  Merangsang pengecutan rahim. Ini dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan 
    jika penyusuan dilakukan secara berterusan,rahim akan kembali normal dengan cepat.

2.  Hormon ini bertanggungjawab melancarkan pengeluaran susu. Lebih cepat hormon ini 
    dihasilkan,lebih cepat anda berupaya mengeluarkan susu untuk dihisap oleh bayi




Penyusuan Awal Si Manja

Di hari-hari pertama,si manja akan menyusu buat beberapa waktu yang berbeza. Dia mungkin tertidur semasa melekap di payu dara,menghisap perlahan-lahan atau tidak langsung ingin menyusu.

Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya tercari-cari sesuatu,mula membuka mulut dengan luas apabila tersentuh sesuatu di bahagian mulutnya,memasukkan tangannya ke dalam mulut,membuat pergerakan mulut seolah-olah menghisap sesuatu atau menggenggam tangan serta mengangkat kaki ke bahagian perut atau dada.




Sehubungan itu,penyusuan mengikut permintaan si manja adalah paling ideal. Jangan menunggu sehingga bayi menangis untuk memulakan penyusuan. Ini akan membuatkannya marah dan sukar untuk melekap dan meneruskan proses penyusuan.

Susu ibu mudah dan cepat dihadam kerana sistem pencernaan bayi dicipta untuk  menerima susu manusia. Selepas sepuluh hari,saiz perut bayi sama seperti saiz tangannya yang tergenggam. Si manja mula menyusu dengan kerap,sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari semalam.


saiz perut bayi

Menyusukan mengikut keperluan (atas permintaan) membantu menggalakkan dan memantapkan pengeluaran susu. Tidak ramai bayi dalam lingkungan 8 minggu yang tidur lama antara penyusuan. Jika ada pun,ia diganti dengan penyusuan yang kerap.

Bagaimanapun,bagi kebanyakkan ibu,menyusukan bayi adalah satu pengalaman baru. Masa penyesuaian perlu bagi setiap pasangan ibu dan bayi. Jangan berputus asa jika semuanya tidak semudah dan selancar yang anda jangkakan. 

Menyusukan,bermakna anda perlu banyak berehat di siang hari,sama ada baring semasa menyusukan atau duduk di kerusi yang selesa. Penyusuan santai ini penting kerana ia memberi peluang untuk anda berehat. Gunakan masa menyusu ini untuk bermain dengan bayi. Anda boleh mendengar muzik,menonton TV atau membaca sambil menyusukan.


Info yang berguna untuk anda tips banyakkan susu ibu

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store  

Monday, 16 September 2013

Soalan Popular Mengenai ESP Shaklee

Jika anda orang yang mementingkan kecantikan,kesihatan dan ingin kekal bertenaga sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari selama ini.

Ini kerana ESP Shaklee mendapat permintaan yang tinggi dalam banyak-banyak produk Shaklee.

Nak tahu kenapa? Baca dengan tekun dan teliti soalan yang biasa di tanya oleh mereka yang belum kenal dengan ESP...dah kenal,pasti tangkap cintan punya


Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam 1 canister (850 gram) dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan air suam atau dicampurkan bersama minuman kegemaran anda. Digalakkan untuk membancuh ESP dengan air sejuk atau suam bagi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Berapa harga 1 canister ESP?
Harga ESP bagi semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155
(Hubungi saya untuk dapatkannya pada harga yang istemewa)



Berapa lama boleh tahan 1 canister ESP ni?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari,1 canister ESP boleh bertahan sehingga satu setengah bulan.

Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja.

Siapa yang boleh mengambil ESP? 

1.  Ibu-ibu yang sibuk  :  ESP memberi tenaga yang berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2.  Mereka yang ingin menurunkan berat badan  :  Hanya bancuhkan ESP dengan air suam atau minuman kegemaran pada setiap pagi,memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat.    

3.  Ibu yang menyusukan anak  :  Membantu memperbanyakan dan mengekalkan permintaan susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta jadual pengepaman susu yang konsisten.

4.  Pesakit kencing manis  :  Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah,melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5.  Kecantikan kulit  :  Membantu menghilangkan parut jerawat di muka,menjadikan kulit muka halus,gebu dan berseri-seri.

Dan lelaki,wanita,tua,muda,ibu mengandung,ibu menyusu,pesakit diabetes,mereka yang inginkan cahaya mata (kesuburan),kecantikan kulit,selepas pembedahan,ibu berpantang, ingin kurus,ingin kekal bertenaga. Pendek kata sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Macam mana rasa ESP ni?
Sedap...ESP Shaklee ni rasa soya

Apa kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?


  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Terbaik untuk individu dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Oleh itu,anda boleh berkongsi ESP dengan anak yang berumur 1 tahun ke atas.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam usaha mengurangkan berat badan. 

TAHUKAH ANDA ??

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku,kulit,otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak itulah kenyataannya.

Ringkasnya,struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut 

SEL ➙  TISU  ➙  ORGAN  ➙  SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali,organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu,badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu kenapa? Sebab protein makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Setiap hari anda akan makan lauk-pauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam,daging,telur,ikan,kekacang dan banyak lagi.
TETAPI ;
Tahukah anda yang sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan suhu tinggi. Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Anda tak tahu kan? Jadi apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting,ESP sentiasa SELAMAT,sentiasa BERKESAN,dan sentiasa MESRA ALAM. 

Ramai yang telah merasa kebaikan dan betapa bagusnya ESP selepas mengambil secara konsisten selama 3 hingga 4 minggu. Ada yang kata kulit makin licin lah, kulit makin gebu,parut jerawat makin pudar,rambut dah kurang gugur,susu makin banyak,suami makin sayang dan banyak lagi. Tak caya? meh tengok testimoni mereka.

Bagaimana nak order ESP ni?
Anda cuma perlu hubungi saya (012-3693469) dan saya akan uruskannya dengan kadar segera

Jika order hari ini,bila boleh terima?
InsyaAllah...penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda  


Anda juga boleh baca lanjut untuk mengetahui kenapa ESP Shaklee menjadi pilihan ramai

Apa tunggu lagi? jom cuba 1 canister ESP Shaklee ni...Ingin dapatkan harga istimewa? Hubungi saya di talian 012-3693469 atau email chantikmenarik@gmail.com


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Monday, 9 September 2013

Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan Ibu

Banyak halangan yang mungkin perlu anda tempuh sepanjang usaha menyusukan bayi. Sebagai persediaan awal,ketahui panduan berkaitan jika anda ditimpa masalah penyusuan.

Bengkak Susu
Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusukan bayi. Antara simptom bengkak susu iaitu payudara nampak berkilat,sakit,tegang,keras dan rasa agak panas bila dipegang. Keadaan puting agak leper,bengkak atau merekah. Selain itu,bayi anda akan sukar menyusu,hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar.



Punca berlakunya pembengkakan susu ialah ibu jarang menyusukan bayi,menghadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat,tidak menyusukan pada waktu malam,hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya.

Cara mengatasi masalah ini : 
  • Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.
  • Susukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam
  • Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan sekali pada waktu malam.
  • Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
  • Tuam dan urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan.
  • Mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras dan penuh.
  • Minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.

Saluran Susu Tersumbat
Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payu dara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu,payu dara kelihatan agak kemerahan.

Bila menghadapi situasi tersebut anda perlu  : 
  • Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif.
  • Urut perlahan-lahan di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
  • Sokong payu dara dengan telapak tangan.
  • Elak tidur meniarap atau memakai baju dalam ketat.  


Mastitis
Masalah ini perlu diberi perhatian! Antara simptom yang dialami termasuk demam selesema,payu dara akan berasa hangat,merah dan bengkak serta sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat.

Cara mengatasi masalah mastitis ini  :  
  • Periksa payu dara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan dakapan
  • Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 1/2 jam
  • Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan
  • Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.  
Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan,kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna,rawat dengan antibiotik. Jika bimbang mengenai perkara ini,dapatkan rawatan awal.


Tidak Cukup Susu
"Tidak cukup susu" sering menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi. Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca "susu tidak cukup" ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain masa penyusuan terlalu singkat,tidak mempunyai susu akhir,jarang menyusu kurang daripada lapan kali dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam dan banyak lagi. 

Jika terasa susu kurang,ibu boleh menambah dengan :  
  • Perbetulkan posisi semasa menyusu.
  • Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi ketika tahap prolaktin tinggi.
  • Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan.
  • Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.


Puting Bengkak dan Sakit
Jika payu dara atau puting mengalami rasa sakit atau tidak selesa,pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Simptom seperti tidak selesa (gatal,rasa panas),sakit, merekah,ruam (dermatitis,Herpes), kemerahan,kulit berkeping,kulit berkilat dan sakit selepas menyusu adalah tanda puting payu dara bengkak dan sakit.

Punca masalah tersebut disebabkan oleh faktor dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul,bengkak susu,salah hisapan,bayi keliru antara hisapan puting botol dan penyusuan ibu atau jika makanan tambahan telah diberi.

Cara untuk mengatasi masalah ini  :
  • Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan areola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut.
  • Jika rekahan puting semakin teruk,perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 atau 2 hari.
  • Sebelum menyusukan bayi,tuam payu dara untuk merangsang pengaliran susu. Mulakan penyusuan di sebelah payu dara yang kurang sakit.
  • Susui bayi secara kerap,mengikut keperluan bayi dan elak daripada menghadkan penyusuan.
  • Selepas menyusu,perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan kering.
  • Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting.   

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Thursday, 5 September 2013

Melegakan Kesakitan Semasa Kelahiran

Ramai ibu bapa mengatakan saat kelahiran bayi adalah satu pengalaman yang mengujakan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. Mereka barangkali trauma kerana tidak pasti bagaimana menangani kesakitan ketika melahirkan. Ramai wanita berpendapat menggunakan bantuan perubatan seperti epidural,gas dan udara menjadikan mereka gagal kerana tidak berupaya melahirkan bayi secara normal. Namun itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Semua teknik kelegaan menghadapi kesakitan masih lagi memerlukan kekuatan pernafasan dan senaman badan yang mereka perlu pelajari semasa kehamilan.

Kelegaan Melahirkan Secara Semula Jadi

Ramai wanita yang dibantu oleh pasangan masing-masing sudah menetapkan keputusan sama ada mahu melahirkan bayi secara semula jadi ataupun dengan bantuan ubat.

Bagi sesiapa yang memilih untuk melahirkan bayi secara semula jadi tanpa bantuan ubat,mereka mempunyai banyak pilihan untuk melegakan diri bagi membantu mereka lebih relaks serta mengurangkan kesakitan semasa berada di bilik bersalin.



1. Urutan  :  Perlu dilakukan dengan cara yang betul. Selalunya dilakukan oleh suami. Cara yang paling efektif untuk melegakan kesakitan.

2. Senaman pernafasan  :  Diberi tunjuk ajar semasa menghadiri kelas antenatal. Pernafasan yang perlahan dan malar boleh menggalakkan ketenangan serta mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keselesaaan.

3. Kaedah TENS  :  Kaedah menggunakan mesin Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation menghantar dorongan elektrik lemah melalui pad ke dalam kulit. Dengan ini,ia menghalang isyarat supaya tiba ke otak ibu dan menggalakkan perlepasan endorphin. Si ibu akan melengkapkan kawalan minda terhadap dorongan melalui satu alat khas menggunakan jari-jemari. Walaubagaimanapun,mesin TENS perlu digunakan daripada peringkat awal semasa kelahiran dan tidak boleh digunakan di dalam air.

4. Air  :  Suhu sentiasa dipantau dan pastikan ia tidak melebihi 37C. Gunakan tempat mandian yang besar supaya ibu boleh berendam di dalamnya bagi mengurangkan kesakitan dan menenangkannya. Namun begitu,jika ia digunakan terlalu awal sebelum kelahiran,cara ini boleh melambatkan proses kelahiran. Jadi apa yang disarankan ialah, si ibu berendam di dalam air apabila serviks sudah terbuka pada 5 sentimeter sebelum berendam di dalam mandian kelahiran.


Kajian menunujukkan bahawa teknik-teknik yang dilakukan mempengaruhi bayi atau memberi kesan selepas kelahiran kepada ibu. Namun begitu,bantuan teknik-teknik tersebut hanya sementara sahaja terutamanya apabila si ibu berada pada peringkat akhir kelahiran.

Kelegaan Melahirkan Menggunakan Bantuan Ubat

Tedapat beberapa pilihan yang membantu ibu mengurangkan kesakitan dengan menggunakan bantuan ubat.

1. Entonox (Gas dan Udara)  :  Gas yang digunakan tidak berbau serta tidak berwarna dan ia mengandungi setengah oksigen dan setengah lagi kandungan nitrus oksida atau lebih dikenali sebagai gas ketawa. Ia mengandungi kesan menenangkan tanpa menyebabkan rasa mengantuk yang berterusan dan bertindak pantas iaitu kesan yang akan dirasai lebih kurang 30 hingga 45 saat. Penggunaan gas tidak membahayakan nyawa ibu mahupun bayi yang bakal lahir dan gas tersebut tidak kekal dalam sistem badan ibu. Namun begitu,ramai ibu hamil mengalami pening yang tidak teruk atau nausea apabila menggunakan Entonox. Ia digunakan pada permulaan kontraksi sebelum memasuki kesakitan kemuncak.


2. Pethidine, Diamorphine atau Meptazinol  :  Suntikan melegakan kesakitan juga sering digunakan semasa proses kelahiran. Ia mengambil masa yang pendek sebelum memberi kesan dan kesannya berlanjutan sehingga 2 atau 3 jam. Suntikan ini digabungkan dengan ubat antiemetik bagi mengawal nausea yang merupakan salah satu kesan sampingan akibat suntikan ini. Suntikan tersebut tidak memperlahankan waktu melahirkan tetapi hanya melegakan sakit pada waktu yang terhad. Jika anda diberikan dos yang tinggi atau disuntik hampir waktu kelahiran,anda dan bayi mungkin akan merasa mengantuk,dan ini akan melambatkan pemberian susu ibu kepada bayi kerana bayi anda mungkin akan menjadi mengantuk dalam beberapa hari jika ubat tersebut melalui plasenta.

3. Epidural  :  Edipural disuntik menembusi tulang belakang dan rasa kebas menghalang isyarat sakit ke bahagian otak. Satu tiub biasannya akan ditinggalkan di bahagian belakang bagi mengisi semula epidural apabila diperlukan. Kaedah jenis ini biasa digunakan pada peringkat akhir kelahiran iaitu apabila kontraksi benar-benar rasa sakit dan kerap menyerang si ibu. Kaedah ini memang berkesan kerana tidak perlu merasai sakit kontraksi dan minda lebih tenang. Nanum begitu,ianya adalah prosedur yang agak rumit. Ia memerlukan masa selama 20 minit untuk menyediakan kelengkapan dan 20 minit kemudian barulah si ibu merasai kesan epidural.

Kaedah ini melambatkan proses kelahiran sebenarnya apabila si ibu tidak tahu bila masanya untuk menolak bayi dan ia memerlukan bantuan jururawat untuk memberitahu bilakah masa yang sesuai.        


Pelbagai pilihan yang anda boleh pilih tetapi sebelum membuat keputusan,dapatkan kajian yang mencukupi tentang kaedah tersebut supaya proses kelahiran bayi anda nanti menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan.


Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

Wednesday, 4 September 2013

ESP Shaklee : Kulit Jadi Gebu dan Badan Kekal Bertenaga

Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit tentang HOT SELLING / BEST SELLER / POPULAR PRODUCT dalam banyak-banyak produk Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Nak tahu kenapa ESP ni jadi hot item Shaklee? Sebab ESP ni banyak kebaikkannya...milkbooster untuk ibu yang menyusu, mencantikkan kulit, menguatkan rahim, badan rasa bertenaga, memberi rasa kenyang yang agak lama (bila dah kenyang of course boleh turunkan berat badan kan?) dan banyak lagi lah....

Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP? 
ESP Shaklee adalah minuman protein soya yang berkualiti tinggi dan sangat berkhasiat. Kenapa berkualiti tinggi? kerana kacang soya yang digunakan adalah "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) dan penghasilan kacang soya dipantau ketat pada setiap peringkat.

Didatangkan dalam satu canister dan berbentu serbuk. ESP boleh dibancuh dengan air sahaja atau dicampurkan dengan minuman kegemaran anda seperti milo,horlick, susu atau dikisar bersama buah-buahan. ESP digalakkan dibancuh dengan air suam atau sejuk untuk memelihara protein soya agar tidak musnah pada suhu yang tinggi.

Siapa yang memerlukan ESP?

1. Ibu yang baru melahirkan anak (terutama melalui pembedahan)
Protein terdiri daripada asid amino yang amat diperlukan untuk membentuk kulit,tisu dan otot baru. Oleh itu ia mempercepatkan penyembuhan luka. Walaupun asid amino banyak dihasilkan oleh badan kita,tetapi tidak semua asid amino penting dapat dihasilkan oleh tubuh.

2. Ibu menyusu dan Ibu hamil
Seorang ibu menyusu atau ibu hamil memerlukan protein tambahan untuk membina protein dalam susu ibu. Protein adalah penting untuk pertumbuhan dan pembaikkan sel. ESP juga membekalkan tenaga kepada ibu menyusu atau ibu hamil agar kekal cergas dalam melakukan aktiviti seharian.

3. Pesakit kencing manis
ESP mempunyai kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39,menjadikan ia sangat sesuai kepada pesakit kencing manis kerana melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

4. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka
Protein sangat penting untuk penghasilan sel baru. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka,menjadikan kulit muka halus-mulus,gebu-gebas dan berseri untuk tatatap tersayang...auuwww


Jom tengok kehebatan ESP Shaklee

Testimoni 1 : ESP juga terkenal sebagai milkbooster.Alhamdulillah susu semakin banyak selepas minum ESP

Testimoni 2 : Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memberi tenaga

 Testimoni 3 : Memberi tenaga semasa menjalani ibadah puasa dan mencantikkan kulit


Testimoni 4 : Berat badan turun 20kg selepas mengambil ESP secara konsisten selama 4 bulan 

Nak tahu lebih lanjut kenapa ESP ni menjadi pilihan ramai KLIK SINI

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan HOT SELING dari Shaklee ini pada harga yang mampu milik dan tawaran menarik menanti anda. Hubungi saya di talian 012-3693469 atau email chantikmenarik@gmail.com


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store
 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat