Thursday, 19 September 2013

Panduan Menyusu Bayi Baru Lahir

Secara semula jadi sejurus kelahiran,bayi mempunyai naluri untuk mencari sumber makanan pertamanya (kolostrum) berdasarkan deria baunya. Bau yang dihasilkan oleh payu dara anda sangat mudah dikesan oleh bayi dan seterusnya dia akan berusaha untuk menghisap payu dara buat kali pertama.

Sentuhan kulit ke kulit yang berlaku semasa proses penyusuan susu ibu menggalakkan pengeluaran hormon oksitosin. Hormon ini mempunyai 2 fungsi utama selepas kelahiran, iaitu ;

1.  Merangsang pengecutan rahim. Ini dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan 
    jika penyusuan dilakukan secara berterusan,rahim akan kembali normal dengan cepat.

2.  Hormon ini bertanggungjawab melancarkan pengeluaran susu. Lebih cepat hormon ini 
    dihasilkan,lebih cepat anda berupaya mengeluarkan susu untuk dihisap oleh bayi




Penyusuan Awal Si Manja

Di hari-hari pertama,si manja akan menyusu buat beberapa waktu yang berbeza. Dia mungkin tertidur semasa melekap di payu dara,menghisap perlahan-lahan atau tidak langsung ingin menyusu.

Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya tercari-cari sesuatu,mula membuka mulut dengan luas apabila tersentuh sesuatu di bahagian mulutnya,memasukkan tangannya ke dalam mulut,membuat pergerakan mulut seolah-olah menghisap sesuatu atau menggenggam tangan serta mengangkat kaki ke bahagian perut atau dada.




Sehubungan itu,penyusuan mengikut permintaan si manja adalah paling ideal. Jangan menunggu sehingga bayi menangis untuk memulakan penyusuan. Ini akan membuatkannya marah dan sukar untuk melekap dan meneruskan proses penyusuan.

Susu ibu mudah dan cepat dihadam kerana sistem pencernaan bayi dicipta untuk  menerima susu manusia. Selepas sepuluh hari,saiz perut bayi sama seperti saiz tangannya yang tergenggam. Si manja mula menyusu dengan kerap,sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari semalam.


saiz perut bayi

Menyusukan mengikut keperluan (atas permintaan) membantu menggalakkan dan memantapkan pengeluaran susu. Tidak ramai bayi dalam lingkungan 8 minggu yang tidur lama antara penyusuan. Jika ada pun,ia diganti dengan penyusuan yang kerap.

Bagaimanapun,bagi kebanyakkan ibu,menyusukan bayi adalah satu pengalaman baru. Masa penyesuaian perlu bagi setiap pasangan ibu dan bayi. Jangan berputus asa jika semuanya tidak semudah dan selancar yang anda jangkakan. 

Menyusukan,bermakna anda perlu banyak berehat di siang hari,sama ada baring semasa menyusukan atau duduk di kerusi yang selesa. Penyusuan santai ini penting kerana ia memberi peluang untuk anda berehat. Gunakan masa menyusu ini untuk bermain dengan bayi. Anda boleh mendengar muzik,menonton TV atau membaca sambil menyusukan.


Info yang berguna untuk anda tips banyakkan susu ibu

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store  

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat