Friday 2 August 2013

Minggu Penyusuan Susu Ibu

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu diasaskan oleh "World Alliance for Breastfeeding Action" (WABA) sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ia di sambut pada 1 - 7 Ogos setiap tahun. Bertujuan untuk meningkatkan kadar penyusuan susu ibu terutama sekali secara eksklusif iaitu penyusuan susu ibu untuk tempoh 6 bulan pertama. Tema pada tahun ini ialah Breastfeeding Support : Close to Mothers - Sokong Penyusuan Susu Ibu : Dekati Ibu




Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Ini bermakna dari lahir sehingga berumur 6 bulan, bayi :
diberi susu ibu sahaja
✔ tidak perlu air atau susu tambahan
✔ tidak perlu makanan pelengkap

Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi dan anda

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat