Monday 25 February 2013

Petua Menguruskan Stress

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas dibebani dengan stress. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress sama ada faktor luaran mahupun dalaman. Apabila seseorang berdepan dengan stress, mereka akan mengalami perubahan baik dari segi fizikal, emosi dan perubahan sikap.

Stress atau tekanan adalah respons tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan seperti pekerjaan, hubungan pasangan atau mungkin datang dari fikiran sendiri. Berikut adalah garis panduan untuk menguruskan stress dengan cara yang sihat dan bijak :  


1.  Tidur Sejenak  -  Tidur sejenak selama 30 hingga 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress termasuklah John F.Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2.  Berurut  -  Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.

3.  Mengekspresikan diri secara artistik  -  Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar melukis, mengambil gambar, menulis puisi ataupun menyanyi.

4.  Kerap ketawa  -  Cara ini bukan rahsia lagi. Ketawa boleh menyebabkan stress yang ada menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan pada wajah anda.

5.  Hobi  - Lakukan sesuatu yang anda minat. Jadikan ia hobi sama ada berenang atau membaca buku. Ia mampu memicu kadar endorfin yang membuatkan anda rasa hebat dan ceria.

6.  Coklat  -  Pengambilan 40 gram coklat gelap setiap hari selama 2 minggu dipercayai membantu individu dewasa dalam menghadapi tekanan dengan lebih baik. Para saintis percaya coklat memberikan kadar antioksida yang membantu mengimbangkan kimia dalam tubuh.
7.  Ingat perkara baik  -  Individu yang memulakan hari mereka dengan mengingati sesuatu perkara yang baik bakal menjalani hari yang lebih baik. Bahkan, apabila masalah melanda mereka mampu mengawal keadaan dengan lebih tenang.

8.  Berdiri tegak  -  Kurangkan stress dengan  cara berdiri dan berjalan yang betul iaitu secara tegak dan tidak membongkok. Menurut Dr. Adam Galinsky, profesor dari Kellogg School of Management, Amerika Syarikat, ia akan menurunkan kadar hormon stress dalam tubuh.

9.  Menonton rancangan komedi  -  Ambil masa untuk tonton rancangan komedi. Ketahuilah bahawa ketawa akan merangsanag mood anda untuk menjadi sangat baik.   


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat