Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung, walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).
Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!
Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita
- Tiub fallopian tersumbat
- Endometriosis
- mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
- Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
- Masalah hormon
- Tumor pitutari yang menggangu penghasilan telur
- Menopous sebelum waktunya
- Masalah tiroid
- Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki
- Jangkitan kuman atau penyakit yang dihadapi semasa kecil yang merencatkan sistem pembiakan
- Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
- Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
- Menghidap hernia
- Gangguan hormon
- Salur sperma tersumbat
- Mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya
Penyebab-penyebab dari faktor luaran (wanita dan lelaki)
- Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
- Stress dan tekanan
- Pemakanan yang tidak sihat
- Kekurangan zat
- Amalan merokok atau meminum alkohol
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
- Terdedah kepada pencemaran
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang anda untuk mendapatkan anak adalah cerah. Namun anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup.
Bersenam
bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan Pencemaran
mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutamanya pencemaran udara.Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran, dengan mengamalkan 'green-living'. Setidak-tidaknya anda berhenti merokok.
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk meningkatkan kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement. Di Shaklee, kami ada cadangan vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan. Boleh lihat DI SINI
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi
Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no | whatsapp : 012-369 3469
email : chantikmenarik@gmail.com
FB Page : Vitamin Store
No comments:
Post a Comment