Monday, 22 April 2013

Pengambilan Panadol Secara Kerap dan Berlebihan Boleh Mengundang Padah

Anda kenal dan tahu fungsi panadol? Siapa yang tak kenal?

Sebut saja panadol, mesti ramai yang akan kaitkan ia sebagai ubat demam, ubat sakit kepala, ubat tahan sakit, ubat senggugut dan macam-macam lagi kegunaan lain yang berkaitan.

Dalam sehari-hari kita dok telan panadol bila sakit, sedarkah kita bahawa panadol ini sebenarnya boleh membahayakan dan mendatangkan kemudaratan kepada kita?

Mengikut statistik, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri. Malah panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak.

Tapi kenapa panadol berbahaya? Panadol atau paracetamol atau nama sainstifiknya acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang selalu diambil untuk menghilangkan sakit.

Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerna panadol mudah di dapati serta dijual di merata tempat.

Panadol atau paracetamol berbahaya jika DIAMBIL SELALU (yang ini mungkin ramai yang tidak tahu) ataupun diambil sekaligus (yang ini rasanya semua orang tahu). Had atau limit bagi seseorang dalam masa 24 jam untuk menyebabkan ketoksikan hati adalah 7.5g (atau = 13 biji). Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk.

Sering kali kita dengar yang orang cuba membunuh diri dengan menelan 40 biji panadol, tidak mati, tapi orang itu hatinya akan rosak teruk. Ini kerana, panadol akan dikumuhkan di hati. Pengumpulan panadol atau paracetamol akan menyebabkan lebihan dan menyebabkan keracunan di hati.

Doktor sendiri pun tidak mahu mengambil panadol kalau mereka sakit kepala bahkan akan beralih kepada pengubatan alternatif cina (dengan rempah2) atau alternatif lain. Hal ini kerana, panadol merupakan racun pada tubuh dan membahayakan hati dan menurut para doktor, panadol akan terhimpun di dalam tubuh setidaknya selama 5 tahun.

Oleh itu, elakkan memakan pil-pil sembarangan tanpa merujuk kepada doktor untuk menahan sakit kerana senggugut time datang bulan (period) - jika tersalaha makan ubat....darah period kita boleh terbeku dalam saluran darah dan ia boleh membentuk satu ketulan darah (seperti nak jadi barah). malah doktor yang merawat juga mengakui tentang keburukan memakan pil-pil yang salah dan lebih buruk bila ia bercampur dengan pil-pil harian yang kita makan, Wallahualam


Dah tahu tentang BAHAYA pengambilan panadol, andakah anda masih ingin teruskan kebiasaan anda? Jangan zalimi diri anda,pilihlah alternatif yang lebih selamat dan yang telah menjalani ujian klinikal. Ramai yang telah memilih NUTRIFERON sebagai penggalak sistem imun. Baca lanjut tentang Nutriferon DI SINI

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor ( ID : 910043)
contact no |  whatsapp : 012-369 3469
FB Page : Vitamin Store

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat