Wednesday, 26 December 2012

Omega 3 Membantu Menurunkan Berat Badan?

Menurut National Institute of Health, supplement minyak boleh membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan mereka yang mengalami hipertensi.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak politaktepu yang boleh didapati dalam minyak ikan. Ia dikira sebagai ‘keperluan’ atau essential kerana tubuh kita tidak boleh membuat Omega-3 sendiri.

Omega-3 penting untuk fungsi otak dan pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang normal. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Jenis Omega-3 dalam minyak ikan ialah DHA dan EPA. Selain penting untuk perkembangan otak, omega-3 juga berperanan dalam penurunan berat badan. Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti.

Leptin tidak dapat berfungsi dengan baik apabila seseorang mengalami obesiti, lalu menjadikan tubuh kita tidak menerima isyarat dari leptin dengan baik. Malangnya ia menjadikan seseorang itu lebih rasa nak makan apabila keadaan ini berlaku.

 

Tips Tingkatkan Komunikasi Leptin-Otak

Dapatkan tidur yang cukup
Kekurangan tidur menyebabkan hormon badan menjadi kacau bilau. Keadaan ini turut mempengaruhi kadar leptin. Tidurlah secukupnya agar leptin yang optimum dapat dihasilkan.


Makan buah dan sayur segar
Makan 5-10 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari memperbaiki fungsi leptin dan menghantar signal ke otak memberitahu bahawa kita sudah kenyang. Buah dan sayur juga rendah kalori dan tinggi fiber, membenarkan kita untuk makan banyak (makan buah banyak) tapi masih menjaga berat badan.


Mengambil Omega-3
Mereka yang bermasalah obesiti menghasilkan terlalu banyak molekul2 untuk melawan inflamasi. Keadaan ini mengganggu fungsi leption. Mengambil omega-3 bukan saja memperbaiki
fungsi leptin malah membantu tubuh untuk melawan inflamasi yang berlaku.


Dapatkan Omega Guard Shaklee yang bertaraf farmaseutikal, diperbuat daripada ikan2 terpilih yang lebih baik dari hati ikan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Hubungi saya untuk sebarang pertanyan dan pesanan

Roshalina Shahlan
Shaklee Independent Distributor (ID : 910043)
sms / whatsapp : 012-369 3469
email : chantikmenarik@gmail.com


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011 Reserved to Chantik Menarik Design with love by CikBulat